Tuesday, January 26, 2010
Monday, January 11, 2010
YANG PERGI DAN TAK KEMBALI....
Bulan November lepas, arwah pak ngah suamiku meninggal dunia.....sakit tua ....arwah tu pernah bermalam di rumahku pada tahun 2006.Masa tu arwah mak dan abah pun ada lagi.Teringat mereka berbual...Bulan Disember pulak, menantu arwah tu , iaitu suami kepada sepupu suamiku meninggal dunia kerana kemalangan.Dah ketentuan.Kesian Kak Ani , Allah tarik ayah dan suaminya dalam waktu yang sangat dekat.Allah ingin menguji hamba-hambanya.Alfatihah untuk mereka dan arwah mak dan abah...Adik rindu kat mak dan abah....Hanya gambar sebagai pengubat rindu...
Friday, January 8, 2010
BERSAMA KAKAK DAN ANAK-ANAKNYA , ZAKI, IRFAN DAN IRDINA
Gambar-gambar ni masa bercuti di rumah kakak di Gelang Patah dan masa kakak dan keluarganya datang ke rumahku di Taman Bandar Senawang...Kakak memang datang ke rumahku setiap cuti akhir tahun.Masa arwah mak dan abah ada, mereka pun ikut sekali....Gembira sangat....Sekarang ni, tinggal kenangan je....
Wednesday, January 6, 2010
ABANG ARIF DAH DARJAH 1...
Abang Arif dah darjah 1 di Sekolah Kebangsaan Senawang.Hari pertama, mak hantar .Abah tak dapat hantar sebab kerja.Mak tunggu sampai pukul 9 je...Abang gi rehat sendiri...Mak oi...beli roti RM1....takpalah , cubaan pertama...Hari kedua , 5 Jan , abang pergi dan balik sekolah naik van....Alhamdulillah, pandai abang naik van...Mak dan abah doakan abang Arif berjaya dalam pelajaran dan berjaya dunia akhirat, semoga menjadi contoh kepada adik Syahmi dan Qaisara..... Amin....
Subscribe to:
Posts (Atom)