ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ARIF AZAMUDDIN

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

ARIF SYAHMI

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

sara

a href="http://lilypie.com/">Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Friday, November 20, 2009

LAWATAN KE KL BERSAMA PELAJAR TING 3




Seronok juga melawat KL bersama-sama pelajar tingkatan 3 pada 18 November lepas.Maklumlah, mereka nak release tension, cikgu-cikgu pun tumpang nak release tension juga hehe...Anyway , thanks buat Cikgu Azimi sebab uruskan lawatan ini...


Friday, October 30, 2009

HARI SUKAN TADIKA ARIF-25 OKT 09






Seronok betul Arif nak pergi Hari Sukan Tadikanya, sampai bangun pagi-pagi tak sabar nak pakai baju sukan dan topi.Nasib baik masuk 2 acara iaitu lari berhalangan dan pecah belon.Dua-dua acara johan...Tahniah ye abang Arif.... jangan lupa minggu depan exam akhir tahun....




Wednesday, October 21, 2009

KENANGAN YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN

Aku membaca di internet tentang catatan seseorang tentang arwah ayahnya . Mengalir airmataku kerana sifat arwah ayahnya sama dengan sifat arwah abahku.Arwah ayahnya sentiasa menulis catatan tentang anak-anaknya seperti tarikh dia beli satria, tarikh kakaknya keguguran... Teringat aku catatan arwah abah semasa aku melihat-lihat buku catatan di biliknya."10/11/2005, adik pindah rumah baru , Taman Bandar Senawang". Pada aku biasa saja tarikh itu , tapi arwah abah rasa penting dan mencatat . Takpelah .... itu semua tinggal kenangan. Sekarang aku hanya mampu berdoa semoga arwah mak dan abah aman di sana...Semoga Allah makbulkan doaku untuk bertemu mereka di akhirat nanti.....

DI HADAPAN ORANG YANG KITA CINTA...

Di hadapan orang yang kita cinta,
hati kita akan berdegup kencang...
Tapi di depan orang yang kita suka,
hati kita akan gembira...
Di depan orang yang kita cinta,
musim sentiasa berbunga-bunga...
Di depan orang yang kita suka,
musim itu cuma berangin sahaja...
Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta,
kita akan kaku...
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka,
kita akan tersenyum...
Di depan orang yang kita cinta,
lidah kelu untuk berkata-kata...
Di depan orang yang kita suka,
lidah bebas berkata apa sahaja...
Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu...
Di depan orang yang kita suka,
kita akan tunjukkan imej yang sebenar...
Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta...
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka...
Bila orang yang kita cinta menangis,
kita akan turut menangis...
Bila orang yang kita suka menangis,
kita akan turut membuat dia gembira...
Perasaan cinta bermula dari mata,
Perasaan suka bermula dari telinga...
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka...
umpama kita membuang telinga kita
Tapi jika kita cuba menutup mata
Cinta berbuah menjadi airmata
Setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka,
Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta....
Cinta ibarat rumah
Tak perlu cantik & tak perlu mewah
Yang penting biar bahagia di dalamnye
Tetapi, hakikatnya Cinta kepada Allah swt
Adalah lebih hakiki dan abadi

oleh nur ...

Itulah hebatnya cinta , biarlah kita menyintai manusia hanya kerana Allah . Insya allah bahagia .

BAJU BARU QAISARA





Baju pink pooh ni pulak hadiah dari Yus ( mama Imran Raiyan ). Cantik tak?

Tuesday, October 20, 2009

SKAF PINK DAN BAJU BARU QAISARA
















Ini baju baru Qaisara ( hadiah dari Kak Umi ) dan skaf pink ( hadiah dari Ery ).





Wednesday, October 14, 2009

BAJU BARU QAISARA


Wah ! Ini baju baru Qaisara.Bukan beli tapi hadiah dari Kak Umi. Murah betul rezeki Qaisara . Sejak lahir hingga kini , sudah 25 pasang baju yang dihadiahkan oleh kawanku , kawan suami , adik beradik dan jiran. Betul lah kata ustaz di slot motivasi pagi, anak tidak akan menjadikan kita miskin. Rezeki akan datang dengan syarat ibu bapanya berusaha. Alhamdulillah….


Kak Nora – 1 pasang
Kak Ija – 1 pasang
Kak Long- 1 pasang
Mardiana – 1 pasang
Famida – 1 pasang
Fida – 1 pasang
Mak mertua – 4 pasang
Mak kak Shidah – 1 pasang
Yus – 1 pasang baju dan beg baby
Yazid – set bantal baby
Nurul,Aishah,Mun,An& Kak Nozah – set botol susu dan Tupperware
Kak Yan – set mandian
Siti – 1 pasang
Iza – 2 pasang
Ihan - tuala
Naguib – 1 pasang
Ujang&Nora – 1 pasang
Kak Mazni – 1 pasang
Ramlah – 2 pasang
Hafiza – 1 pasang
Kak Tina – 2 pasang
Kak Umi – 2 pasang
Ery-skaf rambut pink

Tuesday, October 13, 2009

KAU SAHABAT , KEKASIH DAN TEMAN

Lirik Lagu : Kau Sahabat, Kekasih Dan Teman
Artis : Aishah

ku Harapkan Sinar Purnama Hingga Ke Siang
ku Harapkan Mimpi-mimpi Bukan Khayalan
Telah aku Jelajahi Seluruh Benua
Mencari Pengertian Hidup Yang Sementara

Manusia Beranika Ragam dan Rupa
Ada Yang Jujur dan Ramai Berpura-pura
ku Sangka Dalam Ilmu dan Pengetahuan Ku
Tapi Ada Waktu ku Terkeliru

ku Dambakan Bukan Sekadar Yang Dinamakan
Kekasih Yang Menemani Ke Sana Sini
ku Dambakan Sahabat dan Teman Setia
Rela Bersama Suka dan Duka

Jadilah Kau Sahabat Ku
Kekasih dan Teman
Hanya itu Yang ku Harapkan
Dalam Susah Dalam Senang Kita Seiringan
Semoga Ikatan Berkekalan

Aku memang suka lagu ini sejak aku sekolah menengah dulu. Susah kan nak cari sahabat, kekasih dan teman sekaligus?

Friday, October 9, 2009

KENANGAN TARIKH 8 OKTOBER

Tarikh ini selalu dalam ingatan kerana ini tarikh lahir arwah abahku.Sedih mengingatkan tarikh ini.Tarikh ini juga merupakan tarikh lahir anak kelima Kak Yan iaitu semalam.Tahniah Kak Yan , siapalah agaknya nama puteri Kak Yan tu . Saza doakan Kak Yan dan baby sihat ye...

Tuesday, October 6, 2009

QAISARA DAH PANDAI MENIARAP?


9 hb Oktober 2009, Qaisara genap 4 bulan.Seronok melihat Qaisara dah pandai meniarap .Emak doakan Qaisara sentiasa sihat dan jadi anak solehah ye...

AYAH DAN IBU


Ayah Dan Ibu
Artist: Sudirman

Ayah dan ibu

Itulah permulaan kami

Dapatlah melihat bulan dan Matahari

Ahai...Yang dikurniakan dari Ilahi

Ahai...Ayah dan ibu lah

Mesti dihormati


Ayah dan ibu

Wali dan juga keramat

Pada mereka kita beri hormat

Ahai...Bagilah tunjuk ajar dan nasihat

Supaya hidup kita akan selamat

KENAPA ANDA MENYINTAI PASANGAN ANDA?

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yangdisediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada suami. Ini dialog mereka:

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai yang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata 'Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!'Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.

Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini:
'Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintaimu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintaimu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati.'-

penulis asal, tidak diketahui

Buat suamiku , Mohd Takiudin , Saza sayang abang dunia dan akhirat.Akhirnya doa kita termakbul untuk dapat seorang puteri,alhamdulillah.

Monday, September 28, 2009

SELAMAT HARI RAYA

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin diucapkan kepada abangku , Mohd Fazilah & isterinya Kak Rashidah , kakakku , Azilah & suaminya Abang Zainal .Tahun inilah kali pertama kami tiga beradik beraya tanpa emak dan abah di sisi . Memang tak tertahan rindu kami terhadap arwah emak dan abah kami , tetapi kehidupan mesti diteruskan . Alhamdulillah , walau pun raya 2009 ini rasa sangat kekurangan , tetapi aku dan kakakku sangat bersyukur dengan kehadiran puteri yang kami idam-idamkan . Buat Qaisara dan Irdina , kehadiran kamu berdua sangat membahagiakan kami . Semoga kamu berdua menjadi anak solehah yang sentiasa mendoakan ibu bapa dan juga arwah atuk dan nenek , insya Allah .
Tidak lupa juga ucapan Selamat Hari Raya buat ibu mertuaku , Jatnah dan adik beradik suamiku iaitu kak long & suami , kak ngah & suami, Ihan & suami , Fuad & isteri , Opie,Salam, Siti, Basit dan Ani .

Akhir kata,
kita pohon kekuatan , Allah beri kesulitan untuk jadikan kita kuat , kita pohon keteguhan hati ,Allah beri masalah untuk diatasi , kita pohon keyakinan , Allah beri ujian untuk memantapkan iman dan jiwa , kadangkala kita tidak dapat apa yang diingini, namun kita sentiasa dapat apa yang kita perlukan ……


















Tajuk/Lirik Lagu: Cahaya Aidilfitri
Artis/Penyanyi: Blackdog Bone

(Ramai)
Bila tiba hari raya
Semua insan bergembira
Tetapi bagiku hanya kesedihan
Yang menyelubungi hidup

(Ramai)
Ayah dan juga ibuku
Telah pergi selamanya
Terbiarlah aku ibarat musafir
Yang haus di padang pasir

(Korus)
Siapakah yang sudi
Menghulurkan simpati
Kepada nasibku ini
Agar dapat kurasa
Nikmat di hari raya
Seperti insan yang lain

(Ramai)
Ku meminta dan berdoa
Kepada Yang Maha Esa
Tabahkan hati berilah pedoman
Cahaya Di Aidilfitri

(Ulang Korus)






Tuesday, September 15, 2009

TANGGUNGJAWAB MENDIDIK ANAK-ANAK


Hari ini akan lihat pula tentang kepentingan mengenai pembangunan anak-anak dan bagaimana dapat kita membentuk anak-anak kita agar mampu menjadi seorang Muslim yang berprinsip, berkeyakinan serta mampu memberi sumbangan pada masa akan datang.

Saudaraku,
Sebelum kita meneruskan perbincangan mengenai pembangunan anak-anak, Kita perlu sedar akan tanggungjawab kita terhadap mereka.

Kita perlu sedar bahawa, anak-anak adalah kurnia dan rahmat dari Allah SWT. kehadiran mereka adalah amanah dari Allah yang dipertanggungjawabkan keatas kedua orang tua. Ia merupakan pelaburan yang boleh membawa keuntungan yang besar jika amanah tersebut dipelihara dengan baik.

Dari itu, kedua orang tua berkewajipan mendidik dan mengasuh anak-anak agar menjadi orang yang soleh dan berakhlak mulia.

Allah SWT sendiri telah mengamanahkan setiap ketua keluarga untuk memastikan agar setiap anggota keluarganya tidak menjadi isi neraka.

Sekiranya amanah ini dapat dijayakan, maka kesemua anggota keluarga akan mengecap kebahagiaan di dunia ini dan akhirat kelak. Allah SWT berfirman :
Yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penajaganya adalah malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan sentiasa mengerjakan apa yang diperintahkan”. [Surah At-tahrim Ayat 6]

Di dalam ayat ini, Allah swt menegaskan dengan jelas antara peranan dan tanggungjawab keluarga ialah memelihara diri dan anggotanya dari ancaman api neraka.

Dalam mentafsirkan ayat ini Rasulullah s.a.w bersabda :
“Suruhlah anak-anakmu melakukan apa yang diperintahkan Allah dan tinggalkan apa yang dilarang-Nya, kerana demikian itu adalah benteng bagi mereka dari api neraka.” (Ibn Jarir)

Saudaraku,
Memelihara anggota keluarga dari ancaman neraka tidak bererti kita hanya bersikap pasif dengan hanya mencegah mereka daripada berbagai perbuatan maksiat.

Tetapi kita juga mesti bersikap aktif dalam mendidik dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka agar pembentukan ini berperanan sebagai kubu dan daya tahan yang dapat menepis dan menapis pengaruh sekitaran yang penuh mencabar.

Peranan orang tua bukan sahaja menjadi “Tuan” dirumah, tetapi mereka adalah pengurus, pembimbing dan pengasuh.

Tanggungjawab ibu-bapa bukan hanya memberi arahan, tetapi perlu menonton, membimbing, mengasuh dan menunjukkan contoh yang baik untuk diteladani.Barulah pendidikan kita akan memberikan kesan untuk mencapai matlamat pembentukan nilai murni serta prinsip yang kukuh dalam diri anak-anak.

Saudaraku,
Sebagai ibu-bapa kita tidak boleh mengambil sikap lepas tangan. Ada sebahagian dari kita beranggapan yang kita telah menunaikan kewajipan dan hak anak-anak kita apabila anak-anak telah dihantar ke sekolah.

Ingatlah tanggungjawab kita bukan hanya memastikan agar mereka akan hidup selesa pada masa akan datang. Tanggungjawab kita juga memastikan agar mereka mempunyai prinsip yang teguh.

Dari itu amat penting pendidikan agama serta menyemai akhlak mulia. Kerana dengan pendidkan agama, prinsip iman mereka akan teguh. Ini akan membantu mereka menghadapi masalah-masalah sosial serta membantu mereka menghadapi cabaran masa akan datang.

Tanpa prinsip ini ditakuti anak-anak kita akan mudah terpengaruh dengan pelbagai pemikiran. Sehinggakan ada sebahagian dari mereka sanggup mengadai prinsip kehidupan mereka.

Seperti sekarang ini, sudah ada di antara anak-anak kita yang sanggup memilih untuk berkahwin secara sivil dan kemudiannya membentuk keluarga yang jauh dari nilai-nilai Islam. Di samping ada juga yang mudah bertukar agama dan memilih untuk menganut agama lain.

Dalam keadaan beginilah kita dapati wajah kekesalan daripada kedua ibu bapa. Malangnya kadang kala keadaannya telah terlambat kerana anak tersebut telah pun dewasa dan merasai diri telah mengetahui segalanya, bahkan ada yang beranggapan mereka lebih mengetahui daripada orang tuanya.

Oleh itu, saudara-saudara sekalian,
Pendidikan anak-anak hendaklah dimulakan sejak awal lagi. Masa di mana mereka dalam keadaan dekat dengan fitrah. Dan segala nilai yang ditanamkan akan tersemat dalam hati sanubari mereka. Penerapan yang tidak mudah untuk mereka gadai.

Ibnu Sina pernah berpesan, katanya: “ketika anak telah mendapat asuhan ibunya, maka ajarkanlah ia adab-adab Islam sebelum ia diserang oleh nilai-nilai yang buruk “.
Rasulullah saw pula bersabda:

“Didiklah anak-anakmu dan perelokkanlah akhlak mereka.” (Ibnu Majah)

Ibnu Khaldun telah membahagikan tujuan pendidikan kepada tiga bentuk pendidikan:
Pertama: Mempersiapkan seorang anak dari segi keagamaan, iaitu mengajarnya syiar-syiar agama menurut Al-Quran dan Sunnah Rasulullah. Ini akan membina akidahnya dan membentuk keperibadian keimanannya.

Kedua: Mempersiapkannya dari segi akhlak, dan

Ketiga: Mempersiapkannya dari segi pemikiran, - ini termasuk ilmu-ilmu umum duniawi - kerana dengan memiliki pemikiran dan ilmu yang baik dan tepat seseorang itu akan mampu berdikari dan memiliki ketrampilan untuk melaksanakan tugas dengan baik.

Saudaraku,

Kita mesti peka dengan pendidikan anak-anak ini.

Pendidik yang paling utama yang perlu diberikan ialah asas-asas agama. Janganlah kita hanya mementingkan matlamat kebendaan dalam memberikan pendidikan kepada anak-anak. Kerana matlamat akhir kita mendidik anak-anak kita ialah untuk menjadikannya manusia yang kuat prinsipnya serta mampu menghadapi apa jua cabaran kehidupan. Dalam masa yang sama menjadi seorang yang membawa kesejahteraan pada semua.

Marilah kita mengambil contoh pendidikan Lukmanul-Hakim terhadap anaknya dalam nasihatnya yang berikut melalui firman Allah:

Yang bermaksud: “Wahai anakku! Dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah). Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri”. [Surah Luqman Ayat 17-18]Sumber :
Khutbah Jumaat




Untuk putera dan puteriku, Arif Azamuddin , Arif Syahmi dan Aini Qaisara , semoga kalian menjadi anak yang soleh , solehah di kemudian hari , insyaallah ..

Monday, September 7, 2009

SAYANGI IBU MU




Ibu Mithali


Ibu mithali ibu yang sejati


Kasih sayangmu kasih yang suci


Pengorbananmu disanjung tinggi


Jasamu tetap di sanubari


Ibu oh ibu fitrah ku murni


Kelembutanmu menyentuh hati


Semai kasihmu dalam jiwaku


Kau disayangi kerana menyayangi


Ibu oh ibu hatimu suci


Tulus ikhlasmu mendidik daku


Sanggup bersusah dan menderita


Demi kebahagiaan sekeluarga


Ibu oh ibu kau serikandi


Bakti amalmu tidak terperi


Beramal soleh berperibadi


Mentaati Allah juga suami


Alfatihah untuk arwah mak dan arwah abahku . Semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah s.w.t.