ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ARIF AZAMUDDIN

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

ARIF SYAHMI

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

sara

a href="http://lilypie.com/">Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Monday, March 29, 2010

QAISARA DAH PANDAI DUDUK



Anak dara ni baru pandai duduk( umurnya 9 bulan 19 hari )....seksanya duduk senget kan hehe....

SELAMAT PENGANTIN BARU MARDIANA

Akak doakan Diana bahagia sehingga akhir hayat,insya Allah....Good luck okay....

Wednesday, March 17, 2010

HIDAYAH MILIK ALLAH ,JANGAN BERPUTUS ASA MEMBENTUK ANAK JADI BAIK

Perlu dijaga adab dalam membuat persediaan menyambut kelahiran anak .Ada suami yang terlalu mengharapkan anak sulung yang dilahirkan adalah lelaki kerana diharapkan itulah waris kuat kebanggaan keluarga .Jangan berlebih-lebihan menunjukkan kegembiraan kerana lahirnya anak lelaki dan menunjukkan kesedihan apabila anak yang dilahirkan perempuan .Kita tidak tahu mana yang lebih baik di kemudian hari , bergantung kepada tangan-tangan ibu bapa yang mendidiknya .Bersyukur dengan setiap kurniaan Allah kerana ada sesetengah pasangan langsung tidak dikurniakan cahaya mata.

Anak lelaki ,menjaganya nikmat kerana menjadi pewaris yang akan menjaga kebajikan ibu bapa dan keluarga. Itupun kalau dapat menantu yang baik,baiklah dia menjaga mentua,kalau sebaliknya…

Anak perempuan,menjaganya kebajikan .Untuk bapa yang ramai anak perempuan hendaklah berbangga kerana Nabi Saw kaya dengan anak perempuan.Apabila baik didikan terhadap anak perempuan , maka anda telah menjiwai peribadi Nabi.

Apabila anak perempuan mentaati suami,maka saham kebajikan itu ibu ayah tetap dapat juga.Kepatuhannya mencerahkan kubur ibu ayah .Oleh itu jangan sedih biar apa pun jantina yang Allah anugerahkan .Jaga dan didik agar kesolehannya menyerlah supaya dia dapat membentuk anak-anaknya pula seperti didikan baik ibu ayahnya juga.

Kepada anak lelaki , diberi faham dengan sifat tanggungjawab dalam mengasihi keluarga kerana dialah yang bakal mentadbir keluarga jika ibu ayah meninggal .Kepadanya waris perempuan akan merujuk .Didik sifat tanggungjawab melindungi keluarga . Rasa kasih dan bangga melindungi serta membela maruah keluarga .Didik berwatak kepimpinan sejak dari kecil dengan membiasakan membawa ke masjid memuliakan Allah dan majlis kemasyarakatan serta kerja-kerja berat yang melibatkan curahan tenaga lebih.

Panggil anak dengan panggilan yang baik .Nama biar tahu maknanya supaya nama yang dipanggil , rohnya hidup dan mendoakannya .

Apabila kita telah menjadi ibu bapa , jangan mudah merajuk hati, jangan mudah menghukum,jangan mudah bersangka-sangka buruk bermacam-macam perkara kepada anak-anak .Kalau hati tiba-tiba teringat anak yang jauh atau berada di sekolah ,terus hadiahkan bacaan al-Fatihah atau selawat padanya , supaya diselamat iman dari sebarang gangguan .

Apabila usaha sudah dibuat dengan cara terbaik tapi anak masih derhaka ,lalu kepada siapakah hendak disalahkan lagi ?Sesungguhnya hidayah itu milik Allah , iman tidak boleh diwarisi , usaha ikhtiar membentuk anak jadi terbaik tetap kena teruskan kerana kematangan setiap anak berbeza .

MAJALAH ANIS MAC 2010.

12 TIP MENDIDIK ANAK-ANAK

1) KAWAL RANCANGAN TELEVISYEN

2) KAWAL PEMAKANAN

Pastikan makanan halal dan dari sumber yang halal.

3) AMALAN MAKAN BERSAMA

4) KUALITI BERSAMA ANAK-ANAK

Ibu bapa bersenda gurau dan bermain bersama mereka .

5) SELALU PELUK ANAK

6) DOAKAN ANAK-ANAK SETIAP HARI

7) MAJLIS PERHIMPUNAN KELUARGA UNTUK MENERBITKAN KASIH SAYANG BERSAMA

8) AMALKAN SIFAT ADIL

9) DIDIK ANAK MINTA IZIN

10) PANTAU ANAK-ANAK DARIPADA SEGI SOLAT MISALNYA

11) AKHLAK BERSAMA ISTERI

Jangan berkelahi suami isteri di hadapan anak-anak.

12) CERITAKAN PENGORBANAN IBU

-USTAZ SAPAWI-

17 PENYEBAB ANAK DERHAKA

1) SEMAK PUNCA REZEKI

2) FIKIRKAN CARA PENYEDIAAN MAKANAN , HALAL ATAU TIDAK

3) DOA TAK MAKBUL

4) TAK BETUL CARA BERDOA

5) TIDAK BERDOA LANGSUNG

6) HUBUNGAN DENGAN ALLAH RAPUH

Maghrib ,rumah meriah dengan hiburan dan tv.

7) DERHAKA IBU BAPA TERHADAP ORANG TUA MEREKA

8) SUASANA RUMAH TANGGA HIBURAN

9) PENDIDIKAN YANG ADA HARI INI TIDAK SEIMBANG

10) BANGGA BUAT SALAH , TAKUT BUAT BAIK

11) IBU BAPA CAKAP TAK SERUPA BIKIN

12) KITA TIDAK MENYAYANGI KANAK-KANAK

13) SAYANG ANAK CARA SALAH

14) GETARAN SONGSANG

Kita sibuk memikirkan masalah anak nakal dan malas,tetapi tidak cari

kekuatan dalam diri mereka yang patut dicungkil bakatnya

15)EMOSI IBU DAN BAPA SEMASA ANAK DALAM KANDUNGAN

16) TIDAK BERZAKAT

17) SIHIR ATAU SAKA

- Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah-



Ya Allah , berikanlah kami suami isteri kekuatan,kesabaran dan hidayahMu untuk mendidik anak-anak kami ,Arif , Syahmi dan Qaisara.Amin.....

QAISARA PANDAI MERANGKAK



Qaisara mula merangkak pada 14 Mac 2010 (Qaisara berumur 9 bulan 5 hari ).Tapi asyik kena kacau dengan abang Syahmi....

Tuesday, March 9, 2010

KENANGAN BERSAMA ARWAH MAK DAN ABAH

kenangan bersama arwah mak pada hari raya 2008(tanpa arwah abah) dan hari raya terakhir bersama arwah mak...
kenangan bersama arwah mak dan abah di Ilham Resorts , Port Dickson dan kami tiga beradik sekeluarga pada disember 2007( kenangan terakhir arwah abah berjalan di negeri sembilan)
bergambar di studio sempena konvokesyen akak tahun 2006

kenangan bersama arwah mak dan abah di rumahku (sebelum berjalan ke rumah aunt ram di kl)(tahun 2006)