ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ARIF AZAMUDDIN

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

ARIF SYAHMI

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

sara

a href="http://lilypie.com/">Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Wednesday, June 30, 2010

ALHAMDULILLAH REZEKI DARI ALLAH S.W.T

Genap tarikh 1 Mei 2010 , aku dapat DG44.Alhamdulillah, genaplah juga 10 tahun aku mengajar di Sekolah Dato' Abdul Razak , iaitu sejak 24 Januari 2000.Sekejap jer masa berlalu....Pelbagai pahit manis yang dilalui...Yang pahit , tak perlu diingati ....Hanya yang manis jer seronok untuk diingati hehe....

Monday, June 28, 2010

HAPPY 1ST BIRTHDAY - PUTERIKU QAISARA- 9 JUN 2010

















Dah nak dekat sebulan , baru sempat update gambar anak dara sorang ni....Emaknye busy sakan...hehe....Selamat Hari Lahir sayang....Rasanya baru semalam , rasa sakit melahirkanmu dan rasa sangat gembiranya , Allah mengurniakan anak perempuan.Semoga Sara menjadi anak yang solehah,manja dan bijak ye....insyaallah....




Friday, June 4, 2010

Kisah Benar- Hadiah Teristimewa


Pagi 16 Mei 2005, saya dikejutkan dgn beberapa org anak murid yg meluru ke
arah saya. Wajah mereka berseri-seri lalu masing-masing menghulurkan
bungkusan berwarna-warni. "Cikgu...selamat Hari Guru!" kata mereka
bertepuk tangan sambil berlari-lari anak mengelilingi saya. Memang saya
terkejut kerana sebelum itu tidak pernah saya khabarkan pada anak-anak
murid tentang tarikh sambutan Hari Guru, apalagi mengingatkan mereka.
Bagi saya mereka terlalu muda dan belum dapat menilai erti sambutan Hari Guru.
Rupa-rupanya saya silap. Tanpa saya menyangka pagi itu meja saya dipenuhi
pelbagai jenis hadiah. Hari itu saya rasakan terlalu indah.

Saya rasa disanjungi, lalu pipi anak-anak murid saya kucup tanda
merghargai pemberian dan ingatan mereka. "Terima kasih...bagitau ibu,
cikgu ucapkan terima kasih, ya!" pesan saya pada Arina lalu satu kucupan
singgah dipipi gebunya. Di sisi Arina, saya lihat Mariam tersengih-sengih.
"Cikgu...Mariam pun nak bagi hadiah. Tapi tak bawa hari ni, lupa.
Boleh cikgu, ya?" kata anak kecil itu bersungguh. "Tak payahlah Mariam. Tak bagi
pun tak apa, cikgu bukan minta hadiah, cukuplah Mariam ucap Selamat Hari
Guru buat cikgu. Itu pun sudah buat cikgu gembira." Saya cuba memujuknya
kerana tidak mahu menyusahkan Mariam dan anak-anak murid yang lain.

Sebagai cikgu, saya tahu serba sedikit latar belakang keluarga mereka.
Kerana itu saya tidak mahu ada di antara anak-anak murid saya yang
bersusah payah menyediakan hadiah, lebih-lebih lagi Mariam. Dia bukan anak
orang senang, ibu bapa Mariam membesarkannya hanya dengan meraut lidi,
mencari daun getah kering lalu menjualkannya. Sebab itu saya tidak mahu
Mariam rasa bersalah bila melihat teman-teman yang lain memberikan hadiah
sedangkan dia tidak membawa apa-apa. Bagi saya, lebih baiklah duit yang
ada itu digunakan oleh ibu bapa Mariam untuk makan minum keluarganya,
atau belikan baju baru untuk Mariam buat menggantikan baju yang kusam dan masam
dek peluh.

Saya gembira mendidik murid seperti Mariam. Biarpun ibu Mariam sudah lama
meninggal dunia namun anak kecil itu masih bertuah kerana ibu tirinya
menyayangi Mariam tidak ubah seperti anak kandung sendiri. Buktinya setiap
pagi saya lihat anak kecil itu datang ke tadika sambil dipimpin ibunya,
berjalan kaki sejauh 2 kilometer setiap hari. Kalau ada yang bersimpati,
di tengah perjalanan ada keluarga murid-murid lain akan menumpangkan
Mariam. Kalau tidak Mariam akan terus berjalan kaki dalam panas gerimis,
pergi dan balik. Begitulah setiap hari.

Esoknya sekali lagi meja saya dipenuhi dgn pelbagai jenis hadiah. Kali ini
datang daripada anak-anak murid yang tidak sempat memberikannya semalam.
Saya hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala bila mana sambutan Hari Guru
tahun ini benar-benar meriah. Seperti biasa, ! pagi itu saya berdiri di
hadapan pintu menyambut seorang demi seorang ibu bapa yang datang
menghantar anak masing-masing. Di muka pintu sekolah, saya dengar seorang
bapa berpesan ; "Hadiah tu bagi kat cikgu tau." Tatkala itu saya
benar-benar tersentuh kerana saya langsung tidak menyangka cukup dihargai
oleh anak-anak murid yang masih kecil usianya. Dari halaman, saya lihat
Mariam berpimpinan tangan dgn ibunya. Saya sambut kedua-dua mereka dgn
senyuman. Sama seperti pagi-pagi sebelumnya, Mariam tiba di tabika dgn
keadaan tubuh yg bermandikan peluh.

Bajunya basah namun kanak-kanak itu tetap ceria, tersenyum seperti biasa.
"Cikgu! Mariam bawa hadiah untuk cikgu!" laungnya sambil ketawa. "Kan
cikgu dah pesan, Mariam tak payah bagi cikgu hadiah," kata saya lalu
mengusap rambut Mariam yang bertitisan peluh, dgn rasa kasih yg mendalam.
"Tak apa....hadiah ni best cikgu!" kata Mariam bersungguh-sungguh.
Mariam meletakkan begnya di atas meja. Pantas jari-jemari comelnya membuka zip
beg sekolahnya yang sudah pudar warnanya akibat dimamah cahaya matahari.
"Sekejap ya cikgu," kata Mariah yang masih tercungap-cungap kepenatan.
Saya lihat Mariam mengeluarkan sesuatu dari dalam beg. Dia tersenyum
sebaik menghulurkan segumpal surat khabar yang berkecai dalam
genggamannya. "Alaaa...koyak pulak, cikgu !," rungut Mariam penuh
kekesalan. Matanya membulat memandang saya yang masih setia menantinya.
Beberapa anak-anak murid yang lain turut berdiri tidak sabar lihat apa
yang Mariam keluarkan. "Apa yang Mariam bawa tu?," saya tanya penuh hairan
melihat sesuatu yang bulat dibungkus dengan surat khabar lama. Saya dekati
anak kecil itu lalu menyelak beg yang dibawanya. Di saat itu hati
tiba-tiba menjadi sebak sebaik melihat 5 biji buah bacang bertindihan
dengan buku-buku tabikanya. Dada saya ini mula terasa berat, ada air yang
mula bertakung dikelopaknya. "Cikgu ambillah plastik, rumah Mariam tak ada
plastik sebab tu mak bungkus dengan kertas. Tapi koyak pulak," katanya
lincah sambil sebiji demi sebiji buah bacang dikeluarkannya dari dalam beg
sekolah. Gelak tawa kawan-kawannya mula kedengaran namun Mariam masih
tersenyum lalu matanya merenung saya dengan pandangan yang cukup sayu.

"Cikgu...cikgu tak suka buah bacang ke?," tanya anak kecil itu bila

melihat saya merenung wajahnya dan 5 biji buah bacang yang bergulingan di
atas meja. Saya cuba tahan airmata supaya tidak mengalir. Terlalu sebak
rasanya. "Takkkk..cikgu...cikgu suka sangat. Balik nanti cikgu buat sambal
belacan ya," kata saya, perlahan. Suara saya bagai tersekat di kerongkong.
Dapat saya lihat anak kecil itu mengukir senyum. Saya peluk tubuhnya yang
masih bermandikan peluh. Tidak dapat saya gambarkan bagaimana anak kecil
itu membawa 5 biji buah bacang sambil berjalan kaki sejauh 2 kilometer.
Saya kucup pipinya beberapa kali lalu tidak henti-henti ucapan terima
kasih saya bisikkan ke telinga Mariam. "Bagitau mak...cikgu suka buah
bacang. Terima kasih, ya," ucap saya lagi. Anak kecil itu mengangguk.
"Tengok, Mariam pun bagi hadiah kat cikgu jugak," katanya kepada
kawan-kawan sambil tersenyum riang. "Eleh...buah bacang bukan hadiah.
Orang bagi hadiah kena bungkus lawa-lawa, bukan dengan kertas koyak."
kata seorang anak murid yang masih tidak mengerti nilai sebuah hadiah yang
sebenar-benarnya. "Tak apa...semua hadiah cikgu suka. Balut lawa atau
tidak semuanya sama. Cikgu sayang semua anak-anak murid cikgu," saya
ucapkan kata-kata itu agar hati dan perasaan anak sekecil Mariam tidak
terguris.

Dapat saya lihat Mariam sekali lagi ketawa lalu bertepuk suka. Beberapa
titis airmata yang sejak tadi saya tahan, akhirnya tumpah dipipi.
Cepat-cepat saya mengesatnya bimbang anak-anak kecil yang suci dan bersih
itu perasan kerana mereka belum dapat menyelami perasaan seorang insan
yang bergelar guru. Buah bacang pemberian Mariam itu saya bawa pulang
dengan perasaan bangga bercampur hiba. Walaupun ia hanya 5 biji bacang,
tapi hadiah itu amat istimewa. Wajah Mariam,! bajunya yang dibasahi peluh
dan senyumannya yang ikhlas bermain-main diruang mata saya. Tengah hari
itu sambal belacan buah bacang menjadi santapan kami sekeluarga dan semasa
menelannya, beberapa titis airmata ini tumpah lagi ke pipi. Terima kasih
Mariam. 5 biji bacang itu merupakan hadiah paling bermakna buat cikgu dan
cikgu tidak akan lupakan sampai bila-bila.

Cikgu Rokiah - Kulim, Kedah.


* Terima kasih kepada anak2 muridku yang pernah memberi hadiah seperti bear , key chain , tudung,kain,bunga dan lain-lain. Yang paling best , kalau nak raya , dapat biskut raya.