Anak abang ni lahir pada 9 Ogos 2010 ....Inilah anak saudara baruku dan juga cucu baru arwah mak dan abah....Tahniah bang ,semoga abang berbahagia selalu di samping kak shidah dan 2 putera , 2 puteri abang....
Qaisara balik kampung sebab ada kenduri menyambut dua cucu baru nenek...Nenek dan Acik Siti geram kat rambut Qaisara yang melentik tu...Mak Ngah dan nenek cakap muka Qaisara macam arwah nenek Johor dan muka Pak Long Johor...Entahlah , yang penting , mata Qaisara tetap sepet ....hehe....
Dah lama dah hari sukan abang Syahmi...Baru hari ni mak sempat nak upload gambar, busy nor mak awak hehe...Dapat tiga hadiah , acara lari berhalangan nombor dua , acara bawa aiskrim gergasi nombor satu dan acara pecah belon nombor satu...Bolehlah bagi hadiah kat abang Arif dan Qaisara ...