ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ARIF AZAMUDDIN

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

ARIF SYAHMI

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

sara

a href="http://lilypie.com/">Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Monday, August 16, 2010

ANAK SAUDARA BARU , NUR ALYA ATHIRAH



Anak abang ni lahir pada 9 Ogos 2010 ....Inilah anak saudara baruku dan juga cucu baru arwah mak dan abah....Tahniah bang ,semoga abang berbahagia selalu di samping kak shidah dan 2 putera , 2 puteri abang....

Wednesday, August 4, 2010

QAISARA BALIK KAMPUNG(31 JULAI 2010)

Qaisara balik kampung sebab ada kenduri menyambut dua cucu baru nenek...Nenek dan Acik Siti geram kat rambut Qaisara yang melentik tu...Mak Ngah dan nenek cakap muka Qaisara macam arwah nenek Johor dan muka Pak Long Johor...Entahlah , yang penting , mata Qaisara tetap sepet ....hehe....

HARI SUKAN ABANG SYAHMI(25 JULAI 2010)






Dah lama dah hari sukan abang Syahmi...Baru hari ni mak sempat nak upload gambar, busy nor mak awak hehe...Dapat tiga hadiah , acara lari berhalangan nombor dua , acara bawa aiskrim gergasi nombor satu dan acara pecah belon nombor satu...Bolehlah bagi hadiah kat abang Arif dan Qaisara ...

Tuesday, July 13, 2010

Friday, July 9, 2010

BERSYUKUR KERANA DIPERTEMUKAN DENGANNYA

Tak perlu mencari teman secantik Balqis , andai diri tak sehebat Sulaiman.Mengapa mengharap teman setampan Yusof jika kasih tak setulus Zulaikha.Tak perlu mengharapkan teman seteguh Ibrahim andai diri tak sekuat Siti Hajar.Mengapa didambakan teman sesempurna Rasulullah S.A.W andai diri tak seteguh Siti Khadijah.Maka bimbinglah dirinya,terimalah kekurangan itu sebagai keunikan,carilah kebaikan pada dirinya. Bersyukur kerana dipertemukan dengannya dan berdoalah dia menjadi milikmu di dunia hingga Akhirat....

Saza sayang abang dunia akhirat , semoga kebahagiaan milik kita berdua bersama anak2, Arif ,Syahmi dan Qaisara ....Amin.....

Wednesday, June 30, 2010

ALHAMDULILLAH REZEKI DARI ALLAH S.W.T

Genap tarikh 1 Mei 2010 , aku dapat DG44.Alhamdulillah, genaplah juga 10 tahun aku mengajar di Sekolah Dato' Abdul Razak , iaitu sejak 24 Januari 2000.Sekejap jer masa berlalu....Pelbagai pahit manis yang dilalui...Yang pahit , tak perlu diingati ....Hanya yang manis jer seronok untuk diingati hehe....

Monday, June 28, 2010

HAPPY 1ST BIRTHDAY - PUTERIKU QAISARA- 9 JUN 2010

















Dah nak dekat sebulan , baru sempat update gambar anak dara sorang ni....Emaknye busy sakan...hehe....Selamat Hari Lahir sayang....Rasanya baru semalam , rasa sakit melahirkanmu dan rasa sangat gembiranya , Allah mengurniakan anak perempuan.Semoga Sara menjadi anak yang solehah,manja dan bijak ye....insyaallah....