ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ARIF AZAMUDDIN

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

ARIF SYAHMI

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

sara

a href="http://lilypie.com/">Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Friday, October 15, 2010

YA ALLAH !SEMBUHKAN MAKCIK DI JOHOR BAHRU

Makcik iaitu adik ipar arwah abah masuk icu dua hari lepas ....kesian makcik....terbayang muka dia masa aku dan kakak beraya rumahnye pada 13 September lepas...Semoga Allah sembuhkan penyakit makcik dan semoga makcik sihat seperti sedia kala...Amin...

Monday, September 20, 2010

HARI RAYA 2010








Selamat Hari Raya , Maaf Zahir Batin untuk suamiku Takiudin...adik beradik , abang dan kakak di Johor Bahru, serta mak mertua di Sekinchan dan semua keluarga ipar di mana sahaja berada..Semoga berbahagia selalu....

QAISARA BARU PANDAI JALAN



Lambatnye Qaisara berjalan ..Pada 3 September ( umur dia setahun dua bulan 26 hari ) baru boleh berjalan...Abang2 dia setahun sebulan jer, dah boleh jalan...

Friday, September 3, 2010

HAPPY 7TH BIRTHDAY - ARIF ( 2 SEPT 2010)






Selamat hari lahir abang arif...Mak doakan abang arif menjadi anak yang soleh , berjaya dalam pelajaran , berjaya di dunia dan akhirat serta menjadi contoh kepada adik syahmi dan qaisara...insyaallah...

Monday, August 16, 2010

ANAK SAUDARA BARU , NUR ALYA ATHIRAH



Anak abang ni lahir pada 9 Ogos 2010 ....Inilah anak saudara baruku dan juga cucu baru arwah mak dan abah....Tahniah bang ,semoga abang berbahagia selalu di samping kak shidah dan 2 putera , 2 puteri abang....

Wednesday, August 4, 2010

QAISARA BALIK KAMPUNG(31 JULAI 2010)

Qaisara balik kampung sebab ada kenduri menyambut dua cucu baru nenek...Nenek dan Acik Siti geram kat rambut Qaisara yang melentik tu...Mak Ngah dan nenek cakap muka Qaisara macam arwah nenek Johor dan muka Pak Long Johor...Entahlah , yang penting , mata Qaisara tetap sepet ....hehe....

HARI SUKAN ABANG SYAHMI(25 JULAI 2010)






Dah lama dah hari sukan abang Syahmi...Baru hari ni mak sempat nak upload gambar, busy nor mak awak hehe...Dapat tiga hadiah , acara lari berhalangan nombor dua , acara bawa aiskrim gergasi nombor satu dan acara pecah belon nombor satu...Bolehlah bagi hadiah kat abang Arif dan Qaisara ...