Ya Allah ..sekejap nye masa berlalu...rasa baru semalam melahirkan Syahmi dan keluar dari hospital...Syahmi ni membesar di dua rumah..baru lahir hingga 7 bulan , di kuarters SDAR Seremban...Lepas 7 bulan , pindah rumah sendiri di Taman Bandar Senawang...Kiranye umur rumah ku sama lah dengan umur Syahmi...(senang nak kira..).. Ya Allah ! kau berikanlah kesihatan kepada Syahmi dan juga kepada Arif , Qaisara...Semoga menjadi anak yang soleh , solehah dan bijak ...insya allah...
Wednesday, May 11, 2011
BIRTHDAY SYAHMI (10/5/2011) YANG KE 6
Ya Allah ..sekejap nye masa berlalu...rasa baru semalam melahirkan Syahmi dan keluar dari hospital...Syahmi ni membesar di dua rumah..baru lahir hingga 7 bulan , di kuarters SDAR Seremban...Lepas 7 bulan , pindah rumah sendiri di Taman Bandar Senawang...Kiranye umur rumah ku sama lah dengan umur Syahmi...(senang nak kira..).. Ya Allah ! kau berikanlah kesihatan kepada Syahmi dan juga kepada Arif , Qaisara...Semoga menjadi anak yang soleh , solehah dan bijak ...insya allah...
Wednesday, April 6, 2011
TIARA BEACH RESORT(1 - 3 APRIL 11)PROGRAM MATHS FORM 3 SDAR
Monday, February 21, 2011
KAMERA ROSAK...
Haha..kopak duit ...kamera pulak rosak...kalau tak beli ...rasa kurang pulak hidup...so melayanglah RM530 semalam...Kamera lama pun dah tiga tahun 4 bulan umurnye....
P/s: lupa pulak...kamera ni kira hadiah birthday untuk diri sendiri kot...(happy birthday-saza-19feb2011 hehe...)

Monday, January 31, 2011
Tuesday, January 18, 2011
TAHUN BARU AZAM BARU...2011
Sekejap jer dah tahun baru...anak2 makin besar...abang arif tahun dua , abang syahmi enam tahun...qaisara setahun tujuh bulan...Sekarang ni tengah ajar abang syahmi membaca bahasa melayu...kena pandai ajar...kalau marah sikit..dah mengalir air mata dia...Selain target aku kerja2 di sekolah beres...target ku supaya abang syahmi dapat membaca dengan lancar...insya allah...
Saturday, December 11, 2010
SIFAT YANG PERLU DIJAUHI...
SEORANG penceramah wanita di tv tadi menjelaskan ada enam sifat wanita yang mana jika wanita memiliki salah satu dari sifat ini dinasihati dijauhi atau dilarang daripada lelaki untuk mengambilnya sebagai isteri.
Kalau wanita yang memiliki sifat-sifat ini diambil menjadi isteri nescaya ia akan mendatangkan masalah kepada si suami. Enam sifat itu disebutkan dalam sebuah kitab yang turut dibacanya.
1. Al Nananah - wanita yang banyak mengomel itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.
2. Al Manah - wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja berkedudukan tinggi dan bergaji besar.
3. Al Manaqah - wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya. (Saya teringat satu masalah dulu wujud kumpulan pencari suami bergelar datuk. Dalam kumpulan ini ada beberapa orang wanita yang sudah beristeri yang juga turut berminat untuk mendapatkan suami bergelar datuk dan berkedudukan).
4. Al Hudaqah - wanita yang suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang suah botak.
5. Al Basaqah - wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.
6. Al Salaqah - wanita yang mulut becoh, banyak cakap. Selalu ada ditempat kenduri atau majlis-majlis keramaian. Selalunya wanita ini cuba memonopolikan majlis. Kebecohan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.
YA ALLAH....JAUHI LAH AKU DARIPADA SIFAT2 ITU SEMUA...AMIN...

Friday, November 26, 2010
KENAPA KITA MELAHIRKAN ZURIAT?
Keindahan sebuah perkahwinan sering digambarkan oleh setiap pasangan yang bakal berumah tangga. Ia bukan sahaja menggambarkan keseronokan menjadi isteri atau suami, perkahwinan itu juga sebagai mengerat kasih saya mereka selama ini.
Di samping itu, pasangan juga inginkan anak yang ramai sebagai penyambung zuriat. Adakah anda tahu tujuan sebenar melahirkan zuriat.
Antara tujuan mengapa kita wajar melahirkan zuriat:
1.Amanah – anak ialah amanah Allah yang perlu dipelihara dengan sempurna dan dilunaskan segala keperluannya sehingga baligh bagi lelaki dan berkahwin bagi perempuan.
2.Tanggungjawab – anak bertanggungjawab menghormati ibu bapa dan menjaga ibu bapa yang sudah tua. Ini ialah harapan setiap pasangan. Ketika usia meniti senja mereka perlukan belaian dan kasih sayang orang yang hampir dengan mereka, misalnya anak-anak.
3.Penawar – anak sebagai cara meleraikan kekusutan perhubungan suami isteri yang bermasalah atau mengeratkan perhubungan yang renggang.
4.Keseronokan – kehadiran bayi dalam sebuah rumah tangga ialah sebagai pengerat kasih sayang pasangan.
5.Keturunan – anak bukan sahaja penyambung keturunan, sebaliknya anak ialah pembela nasib ibu bapa. Di samping itu, anak bakal mewarisi harta atau hutang yang kita tinggalkan.
6.Bukti kesuburan suami isteri – kelahiran anak sebagai bukti pasangan mampu melahirkan zuriat iaitu tidak mandul.
7.Penyambung – anak adalah penyambung hasrat ibu bapa yang selama ini tidak mampu dilaksanakan atas sebab-sebab tertentu. Misalnya, ingin menjadikan seorang yang berjaya atau berpelajaran tinggi. Tetapi hasrat itu tidak tercapai kerana pelbagai faktor, misalnya kemiskinan. Dengan lahirnya anak, mereka berhasrat ingin jadikan anak ini sebagai penyambung keinginan mereka. Jadi, mereka berusaha mendidik anak ini agar mampu menyampaikan hasrat mereka selama ini.
8.Pembantu – anak boleh membantu ibu bapa ketika susah misalnya sakit atau membantu tugas ibu bapa mencari nafkah.
P/S:Ya Allah , aku bersyukur kerana dikurniakan tiga orang cahaya mata alhamdulillah.

Subscribe to:
Posts (Atom)