ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ARIF AZAMUDDIN

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

ARIF SYAHMI

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

sara

a href="http://lilypie.com/">Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Saturday, November 23, 2013

TAHUN 2013 SUDAH TIBA KE PENGHUJUNGNYA

Sudah bercuti selama seminggu .Duduk di rumah, melayan anak-anak....Insyaallah ahad baru nak berjalan ..ke kenduri kahwin Izrul.Selamat pengantin baru izrul...

Tak lama lagi bulan Disember.Kemudian Januari...anak2 mula bersekolah kembali.Semoga anak2 Arif, Syahmi dan Qaisara cemerlang dalam pelajaran dan akhlak hendaknya...Aamiin...

Monday, May 6, 2013

6 Mei 2013 ...lama tak tulis blog

Ya allah...dah lama tak jenguk blog kesayangan ini...padahal macam2 cerita tahun 2013 ni...

1) qaisara , anak dara ku dah start tadika di iman cc sejak januari lepas...4 tahun...awal setahun dari abang2 dulu...alhamdulillah...dah pandai menyanyi dan berzikir..dan ...baca surah al fatihah..surah annas dll...

2) arwah mak mertua telah pergi pada 6 April 2013 yang lalu...rasa sekejap masa berlalu....seperti baru semalam menjadi menantu arwah...( almaklum menantu perempuan yg pertama time tu...7 Sept 2002...)..banyak kenangan bersama arwah mak mertua...al fatihah..semoga arwah mak sentiasa tenang di sana...begitu juga dengan arwah mak dan arwah abah...semoga arwah mak dan abah sentiasa dirahmati Allah...adik rindu sangat......

Wednesday, October 24, 2012

Esok cuti .Lusa Hari Raya Aidil Adha....Balik kampung...Baju tak kemas lagi..huhu..

Tuesday, October 9, 2012

MENJENGAH BLOG

Hari ini pelajar-pelajar form 3 menghadapi PMR.Semoga semua berjaya dapat 8A ...

Monday, March 19, 2012

ANAK...

Anak pertama
- pintar
- bertanggungjawab
- berasa curiga dan tidak percaya
-rasa tidak selamat
-cemburu
-mudah teruja
-sensitif
-autoritarianisme
-hasrat pencapaian kendiri

Anak kedua
-berdikari
-agresif
-sukakan keseronokan
-suka berkawan
-boleh dipercayai dan diharapkan

Anak ketiga
-mudah mengalih perhatian
-mahukan ibu bapa menunjukkan kasih sayang
-cemburu
-berasa rendah diri
-berasa kekurangan

Anak bongsu
-rasa selamat
-yakin diri sendiri
-pemurah
-terlalu dimanjakan
-tidak matang
-persaingan adik-beradik
-tidak bertanggungjawab

Arif , Syahmi dan Qaisara.....semua sifat itu hampir2 ada kesamaannye...Arif memang cemburu dan sensitif...Syahmi memang suka berdikari,suka berkawan dan boleh diharapkan...Qaisara memang cemburu dan mahukan ibu bapa menunjukkan kasih sayang...

Siapa pun mereka..mereka tetap anak mak dan harta mak dunia dan akhirat...Semoga menjadi anak yang soleh dan solehah ,amin.

Thursday, February 16, 2012

PENAT.....

Ada kalanya kita penat berusaha, kita penat berkorban dan kita penat mengalah. Tetapi percayalah, sebenarnya penat itulah yang menjadikan kita kuat dan terciptanya watak hebat, jika kita bersabar. ~ Sedetik bersama saya, kerana yang sedetik itu mampu mengubah kehidupan - Dr. Hj. Tengku Asmadi bin T. Mohamad ~

Saturday, January 14, 2012

TAHUN BAHARU 2012



Tahun berubah...tapi aku masih sama(maksudnye menjalankan tugas sebagai guru biasa dan guru data sama macam tahun2 lepas...)yang berubah ialah anak2...Abang Arif darjah tiga , abang Syahmi baru nak merasai alam persekolahan , darjah satu.....Semoga arif , syahmi dan qaisara berjaya dunia dan akhirat....Kamu bertiga lah harta mak..........